Monday, December 1, 2008

Syed Alwi dan Tok Perak : Budaya Jiwa Bangsa

"Syed Alwi's career spanned more than 50 years. He is the first known ethnic Malay to study theater at a foreign university, earning dual degrees in theater arts and journalism at the University of Minnesota in the 1950s". Read here, for more information on the late Dato' Syed Alwi.


Saya terharu apabila mendapat berita tentang tentang Dato' Syed Alwi Syed Hassan - Tokoh Seniman Negara Ke-5 yang telah kembali ke rahmatullah malam tadi sekitar tengah malam. Tak perlu saya ceritakan riwayat dan sumbangan beliau terhadap negara (Ini kerja kerajaan) terutamanya kepada dunia sastera dan teater kerana ia takkan tammat.

Bagi Tok Perak, tak cukup sekadar slogan "Bahasa Jiwa Bangsa tetapi mesti "Budaya Jiwa Bangsa". Bagi Tok Perak, memertabatkan budaya lebih penting dari bahasa, kerana bila budaya bangsa itu tegak dan menjadi tonggak dengan sendirinya kedudukan bahasa bangsa itu terjamin. Tok Perak sipenjual ubat lebih bijaksana dari seribu Menteri Kesihatan, Tok Perak ada ubat semua masalah, ada ubat untuk Melayu, Cina dan India.

Kita kehilangan lagi tokoh-tokoh. Sampai bila mereka ini kita harus biarkan hidup kesaorangan tanpa pemerhatian dan pembelaan mana-mana pihak. Saya pernah di masukkan ke hospital (Wad 2), dan begitu sedih apabila melihat Allahyarham terlantar di Wad tersebut. Meraka memandangsaya dengan sinis bila saya mohon agar mereka memindahkan allahyarham ke wad diRaja. Nasib baik mereka tak hantar saya ke wad gila kerana pertanyaan tersebut. Apabila saya bertanya kepada jururawat dan doktor, mereka tidak kenal orang yang mereka rawat adalah Seniman Negara. Kita boleh cipta seribu angkasawan dalam satu masa, tapi seniman yang pergi sukar untuk dicari ganti.

Akhirnya , persoalan yang sering dibenak saya, Siapa lebih berjasa kepada bangsa dan Negara, Angkasawan atau Seniman? Dunia seni kini sepi, kau pergi tanpa penganti, yang tinggal hanya resepi-resepi, dari ubatmu yang belum dibeli. Selamat tinggal Tok Perak. Alfatihah.

Read here, for more information on this greatman of letter

0 comments:

Thesaurus