Wednesday, December 3, 2008

Cinta Julia: Pengajaran dari dunia teater Oleh Johan Jaffar

Tentang Penulis Rencana.

Dato Johan Jaafar adalah Pengerusi Lembaga Pengelola DBP serta Pengerusi Majlis Kesenian Negara (National Art Council). Beliau pernah bertugas sebagai Ketua Pengarang Akhbar Utusan Malaysia dan kini beliau adalah moderator untuk rancangan politik di TV. Beliau juga adalah kolumnis tetap di New Straits Times dan Berita Harian.

Pertama kali saya bertemu beliau adalah semasa persembahan teater "Musuh Rakyat" karya Hendrik Ibsen, arahan Mustapha Nor di Panggung Bandaraya Lama ( sekarang Taman Budaya KL) di mana beliau berlakon sebagai Dr Stockman di pertengahan tahun 80an. Musuh Rakyat adalah dilemma seorang doktor di sebuah bandar yang telah mendapat tahu bahawa saluran bekalan air di bandar itu telah tercemar dan mengancam kesihatan penduduk. Malangnya saranan dan nasihat Dr Stockman tidak dihiraukan oleh Datuk Bandar dan sebalik Dr Stockman diancam dan dituduh sebagai musuh rakyat. Sesuatu yang menarik tentang Musuh Rakyat ini adalah kerana Teater ini mendapat sokongan Datuk Bandar Kuala Lumpur (Kini Tan Sri ) Datuk Alias Omar dan juga Menteri Wilayah Pesekutuan ketika itu, Datuk Shahril Samad.


Di Luar Lingkaran oleh Datuk Johan Jaafar

" Ada juga yang mengatakan pada dasarnya masyarakat kita terlalu banyak didedahkan dengan budaya popular yang murah dan tidak berkualiti. Kesannya ialah pada cita rasa mereka terhadap seni."

Melatih keyakinan diri, disiplin dan kreativiti

SEORANG IBU yang berusia 55 tahun menulis tentang pengalamannya menonton drama Cinta Julia di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBO) baru-baru ini. Beliau tidak pernah menonton drama tempatan sebelum ini, apatah lagi drama berbahasa Melayu. Malah apabila Tiara Jacquelina mementaskan Puteri Gunung Ledang di Istana Budaya, hati beliau tidak terdetik untuk menonton. Bagi ibu ini drama tidak lebih gambaran stereotaip kehidupan rakyat Malaysia dan pelakonnya pula selalu "perasan."

Beliau mengakui pengalaman itu luar biasa sekali. Drama persembahan kumpulan Fauziah Nawi itu sebenarnya cukup bermakna bagi beliau, juga bagi menantu perempuan beliau. Malah di dalam surat yang tersiar dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris, beliau mengakui drama itu "membuka minda beliau". Beliau bukan sahaja mencadangkan ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka menyaksikan drama tempatan tetapi turut terlibat sama.

Read more here:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Rencana/20081129234522/Article/

0 comments:

Thesaurus