![]() |
| FAUZIAH Nawi bermonolog menerusi pementasan teater Cinta Julia di Stor Teater, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, baru-baru ini. |
“Kalau sudah najis itu, maka najis jugalah, termasuklah air mata yang kau titiskan.”
CINTA Julia bukan setakat merupakan pementasan monolog solo pertama Fauziah Nawi, tetapi ia seakan-akan luahan jiwa pelakon berusia pertengahan 50-an itu.
Sebelum pementasan itu diadakan dari 21 November lalu hingga 2 Disember ini, beliau pernah memberitahu pihak wartawan bahawa naskhah tersebut begitu dekat dengan jiwa dan pengalaman hidupnya suatu ketika dulu.

0 comments:
Post a Comment